28 September 2008

SALAM AIDIL FITRI

selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin

15 September 2008

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PRADAS

Pada 13.9.2008 besamaan dengan 13 ramadan 1428, satu majlis berbuka puasa bersama-sama rakan-rakan di pradas telah di adakan secara port luck di dewan batu 5 tambahan. alhamdulillah seramai lebih kurang 70 rakan tak termasuk ahli keluarga telah bersama-sama hadir pada majlis tersebut. bermacam-macam jenis kueh mueh serta makanan yang telah di bawa oleh rakan-rakan untuk sama-sama dinikmati. saya bersama pr-fs, dan pr-op telah berkongsi untuk membeli murtabak sebanyak 15 keping untuk dibawa ke majlis tersebut. ramai rakan-rakan baru dan lama yang turut sama hadir pada malam tersebut. lebih kurang jam 10.30 saya dan pr-op dan pr-mo telah berangkat pulang.

02 September 2008

TAHNIAH BUAT V17, JUARA FOXHUNTING MELAKA



31 hb Ogos 2008 bukan saja tarikh keramat buat negara kita Malaysia, tetapi juga buat Team V17 kerana sekali lagi telah berjaya menjadi juara dalam aktiviti Foxhunting bagi peringkat negiri Melaka. Sebanyak 3 team telah dihantar untuk menyertai pertandingan tersebut. Team pertama iaitu V17A terdiri daripada 9W2SMF dan 9W2TLB, team ke2 V17B terdiri daripada 9W2CIA, 9W2Wf dan SWL Aki dan manakala team ke3 pula V17C terdiri daripada 9W2PRO dan 9W2TRY. Tahniah buat semua rakan-rakan dan juga buat Tuan Hj Rasid 9M2RS yang telah banyak memberikan tunjuk ajar serta dorongan.