23 July 2008

SELANGOR OPEN FOX HUNTING 2008



Tahniah buat team v17 brabo kerana telah menjadi juara selangor open fox hunting 2008 yang berlangsung di tasik titiwangsa pada 20 hb julai 08. tidak lupa juga team v17 alpha dan v17 charle yang juga berjaya mendapat tempat ke 4 dan ke 2. anda semua telah menaikkan nama v17 didalam dunia radio amatur seluruh malaysia. tidak lupa juga buat sponsor kita 9w2amr yang telah memberikan kepada kami baju t-shirt hitam yang betul-betul lawa. juga rakan v17 yang lain yang juga turut hadir pada hari tersebut untuk memberikan sokongan kepada team v17.

14 July 2008

LATIHAN FOX HUNTING


Satu lagi aktiviti radio amator yang aku sertai bersama warga v17 iaitu fox hunting. latihan dibuat di tasik titiwangsa kl, untuk persiapan menjelang selangor fox hunting yang akan diadakan tidak lama lagi. tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua warga v17 yang telah banyak menggajar aku tentang keseronokan radio amatur. selama ini aku hanya tahu radio digunakan untuk berkomunikasi, tetapi di sini aku telah banyak belajar tentang keseronokan bersama radio amatur. dalam pertandingan tersebut warga v17 telah menghantar seramai 12 perserta dalam 3 kumpulan iaitu v17 alfha, v17 brabo dan v17 charle dan diharap team v17 akan mengharumkan nama v17. semoga berjaya v17.......

07 July 2008

PRADAS DI PROCC AUTO SHOW


Assallamualaikum..... pada 5hb julai 08 yang lalu satu pameran telah dibuat oleh pradas di procc auto show yang bertempat di tasik cyeber jaya. aku sempat membantu pr-wpg bersama rakan-rakan yang lain di dalam pameran tersebut. ramai rakan-rakan yang hadir termasuk wak terbang yang menerbangkan dirinya di ruang angkasa tasik cyeberjaya best tu...