23 October 2008

KERETA KU DI LANGGAR LAGI

Pada pagi semalam kereta kesayangan aku telah dilanggar lagi oleh seorang pemandu yang mabuk ketika behenti di persimpangan lampu isyarat Tmn Kencana ke MRR2, kejadian kemalang seperti telah di rancang oleh tonto, untuk dijadikan cerita semasa itu kedua2 telipone bimbit ku tidak dapat berfungsi kerana tiada kredit, ketika itu baru lah nampak berapa pentingnya radio komunikasi 2 hala ini, dengan meminta bantuan rakan2 di radio kereta saya telah di bawa ke balai dan terus ke bengkel untuk di perbaiki. Terima kasih pada rakan2 yang telah sanggup turun ke tempat kejadian pada pagi tersebut dan juga pada rakan2 yang membantu dari awal hangga saya selamat sampai di rumah.

19 October 2008

MAJLIS HARI RAYA PRADAS

18.10.2008 bertempat di desa mentari jalan klang lama, majlis sambutan hari raya bersama pradas dan persatuan penduduk desa mentari telah berlangsung. pada majlis tersebut satu catatan sejarah telah tercipta dimana satu perjanjian telah termetra diantara pradas dan pelangin (johor). tahniah buat pradas dan pelangi diucapkan.

MAJLIS PERTUNANGAN


Pada 18.10.2008 merupakan tarikh keramat buat diriku, kerana pada tarikh tersebut satu ikatan pertunagan telah direstui oleh kedua-dua belah pihak keluarga diantara keluargaku dan keluarga pihak rina. seluruh keluarga telah turut hadir ke majlis tersebut, terima kasih diucapkan kepada semua pacik, makcik serta semua sepupu yang telah hadir memeriahkan majlis tersebut. sebanyak 15 dulang hantaran telah dihantar oleh pihak lelaki dan sebanyak 29 dulang pula dibalas oleh pihak perempuan pada hari tersebut. wang hantaran sebanyak RM8,000.00 dalam bentuk sijil simpanan amanah saham bumiputra juga telah di berikan pada majlis ini.