23 July 2008

SELANGOR OPEN FOX HUNTING 2008



Tahniah buat team v17 brabo kerana telah menjadi juara selangor open fox hunting 2008 yang berlangsung di tasik titiwangsa pada 20 hb julai 08. tidak lupa juga team v17 alpha dan v17 charle yang juga berjaya mendapat tempat ke 4 dan ke 2. anda semua telah menaikkan nama v17 didalam dunia radio amatur seluruh malaysia. tidak lupa juga buat sponsor kita 9w2amr yang telah memberikan kepada kami baju t-shirt hitam yang betul-betul lawa. juga rakan v17 yang lain yang juga turut hadir pada hari tersebut untuk memberikan sokongan kepada team v17.

14 July 2008

LATIHAN FOX HUNTING


Satu lagi aktiviti radio amator yang aku sertai bersama warga v17 iaitu fox hunting. latihan dibuat di tasik titiwangsa kl, untuk persiapan menjelang selangor fox hunting yang akan diadakan tidak lama lagi. tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua warga v17 yang telah banyak menggajar aku tentang keseronokan radio amatur. selama ini aku hanya tahu radio digunakan untuk berkomunikasi, tetapi di sini aku telah banyak belajar tentang keseronokan bersama radio amatur. dalam pertandingan tersebut warga v17 telah menghantar seramai 12 perserta dalam 3 kumpulan iaitu v17 alfha, v17 brabo dan v17 charle dan diharap team v17 akan mengharumkan nama v17. semoga berjaya v17.......

07 July 2008

PRADAS DI PROCC AUTO SHOW


Assallamualaikum..... pada 5hb julai 08 yang lalu satu pameran telah dibuat oleh pradas di procc auto show yang bertempat di tasik cyeber jaya. aku sempat membantu pr-wpg bersama rakan-rakan yang lain di dalam pameran tersebut. ramai rakan-rakan yang hadir termasuk wak terbang yang menerbangkan dirinya di ruang angkasa tasik cyeberjaya best tu...

13 June 2008

KENDURI PRADAS 1 TAHUN

Alhamdulillah... semalam satu majlis doa selamat telah berjaya diadakan di atas meraikan ulangtahun pradsa yang pertama di kedai sarang burung batu 5 jalan ipoh. ramai rakan-rakan baru dan lama di pradas dapat kutemui di sana. dapat jugak aku buatkan air sirap bandung untuk rakan-rakan yang hadir. majlis diadakan secara port luck (tak tau aku mcm mana ejanya) iaitu rakan-rakan datang membawa makanan sediri dan dikumpulkan untuk dirasa beramai-ramai. tahniah buat pradas kerana sudah setahun berada di dunia radio dan selama itu jugak lah aku kenal apa itu dunia radio amatur.

10 June 2008

DXING DI BAGAN LALANG


Pada 7 & 8 hb jun 2008 yang lalu rakan-rakan di komuniti v17 telah berjaya membuat satu aktiviti dxing di bagan lalang sepang. aktiviti dxing ialah aktivi qso dengan stesen rodia amatur di seluruh duni. disana bukan saja dapat belajar macam mana dxing tetapi banyak pengalaman serta tujuk ajar dari rakan-rakan radio yang lain yang turut hadir di sana, terima kasih kuucapkan diatas tujuk ajar serta pembelajaran yang tak ternilai yang diberikan kepada kami yang hanya setahun jagung dalam dunia radio ini. baru kutahu berapa seronoknya bila kita qso dengan dunia luar. aku masih takut untuk menekan ptt ketika itu, almaklum lah nak qso dengan orang yang kita tak kenal, menggigil jugak tangan aku walau pun hanya duk kat sebelah mendengar rakan qso. aku selitkan sedikit gambar yang akau copy dari jurukaka.blogspot.com, terima kasih semua. satu pengalaman yang begitu berharga aku telah pelajari dalam dunia radio ini.



04 June 2008

CUTI KE KIJAL STRAWBERRY


Pada 31 hb may-2 hb jun yang lalu, aku bersama keluarga ina telah bercuti ke kijal strawberry terengganu, seronok juga dapat berjalan sekali sekala dgn keluarga ina, semua pembelanjaan di sana di sponsar oleh abang ina, aku cuma membatu dari segi bayar duit makan sekali dua dan duit minyak kereta itu pun aku bawa kereta kancil abang ina sebab kereta ku tak yakin boleh sampai, tak sangka perjalanan ke sana menggambil masa hanya 4 jam lebih dari kl. maaf tiada gambar yang dapat kuselitkan pasal aku tak bawa camera. memang seronok percutian kali ini dengan pantai yang putih bersih dan air jernih dan tak ramai pula penggunjung menyebabkan tempat tersebut begitu tenang dan sesuai untuk bercuti. moga lain kali dapat lagi pergi bercuti seperti ini lagi.

19 May 2008

BATERI KERETA BARU DAN BERSAMA PRADAS DI SG CONGKAK



Pada hari sabtu yang lalu aku terpasa tukar bateri keretaku kerana setelah aku menghantar untuk di cas semula pun masih tidak dapat digunakan untuk menghidupkan kereta kesayangan ku dan pada hari ahad pula aku berseta rakan-rakan di pradas teleh berkampung di sungai congkak untuk membantu dari sudut kominikasi di pertandingan eco chralene. seronok jugak jadi pengawan komunikasi bagi sesuatu pertandingan. shabas dan tahniah buat semua rakan-rakan di pradas yang telah berkerjasama didalam menjayakan aktiviti tersebut.