28 September 2008

SALAM AIDIL FITRI

selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin

15 September 2008

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PRADAS

Pada 13.9.2008 besamaan dengan 13 ramadan 1428, satu majlis berbuka puasa bersama-sama rakan-rakan di pradas telah di adakan secara port luck di dewan batu 5 tambahan. alhamdulillah seramai lebih kurang 70 rakan tak termasuk ahli keluarga telah bersama-sama hadir pada majlis tersebut. bermacam-macam jenis kueh mueh serta makanan yang telah di bawa oleh rakan-rakan untuk sama-sama dinikmati. saya bersama pr-fs, dan pr-op telah berkongsi untuk membeli murtabak sebanyak 15 keping untuk dibawa ke majlis tersebut. ramai rakan-rakan baru dan lama yang turut sama hadir pada malam tersebut. lebih kurang jam 10.30 saya dan pr-op dan pr-mo telah berangkat pulang.

02 September 2008

TAHNIAH BUAT V17, JUARA FOXHUNTING MELAKA



31 hb Ogos 2008 bukan saja tarikh keramat buat negara kita Malaysia, tetapi juga buat Team V17 kerana sekali lagi telah berjaya menjadi juara dalam aktiviti Foxhunting bagi peringkat negiri Melaka. Sebanyak 3 team telah dihantar untuk menyertai pertandingan tersebut. Team pertama iaitu V17A terdiri daripada 9W2SMF dan 9W2TLB, team ke2 V17B terdiri daripada 9W2CIA, 9W2Wf dan SWL Aki dan manakala team ke3 pula V17C terdiri daripada 9W2PRO dan 9W2TRY. Tahniah buat semua rakan-rakan dan juga buat Tuan Hj Rasid 9M2RS yang telah banyak memberikan tunjuk ajar serta dorongan.

31 August 2008

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN & SELAMAT BERPUASA

Akum.... di kesempatan ini saya inggin menggucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 51 malaysia dan selamat berpuasa kepada semua rakan-rakan...

29 August 2008

AL-FATIHA BUAT 9M2DS (PAK DOLAH)


Pada 28.8.08 lebih kurang jam 7 petang, Warga Radio Amatur di Malaysia digegarkan dengan berita pemergian sesorang yang dikira banyak berjasa di dunia Radio Amatur di Malaysia ini, 9M2DS atau lebih mesra dengan panggilan Pak Dolah atau Dondang Sayang telah kembali keramahtullah akibat serangan sakit jantung. Beliau menghembuskan nafas terakhir di Hospital Besar Kuala Lumpur dan jenazah beliau di kebumikan di Kepong pada hari Jumaat 29.8.08. Takziah diucapkan kepada seluruh keluarga Allahyarham Pak Dolah dan moga rohnya akan dicucuri rahmat. Al-Fatiha.....

25 August 2008

SELAMAT PENGANTIN BARU PALY & NURUL

Akhirnya kawan baik ku Paly telah selamat di ijabkabul kan dengan Nurul pada 21.8.2008 dai kg Nurul di Rembau. Pada hari Sabtu 23.8.08 aku diminta untuk menjadi pengapit kepada Paly. Seronok jugak aku tenggok jadi pengantin ni, aku punya time nanti siapa lah agaknya yang akan jadi pengapit aku ye....

18 August 2008

PRADAS BERKAMPUNG DI U-BOWL



Pada hari Ahad 17 hb Ogos 08, satu pertandinggan bowling telah diadakan oleh Pradas di U-Bowl One Utama. Seramai 17 pasukan terdiri daripada 4 orang setiap kumpulan telah menggambil bahagian. Aku juga turut sama menyertai pertandingan tersebut dan telah berjaya mendapat kedudukan ke 6 dengan nama kumpulan kami Hawaian. Tahniah kepada semua pemenag dan juga tidak lupa pada semua AJK pertandinggan yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan pertandinggan tersebut.