Pakar motivasi bebas Ustaz Sobri Abd. Rani menyarankan agar ibubapa menjadikan waktu makan sekeluarga sebagai waktu untukmembetulkan kehidupan atau membina peribadi anak-anak. Kerana waktumakan adalah program bersahaja yang besar impaknya dalam hidup.Antara didikan yang boleh diterapkan kepada anak-anak pada waktumakan:
1. Tunggu orang yang paling tua"Kalau ada ayah, suapan pertama hendaklah dimulakan oleh ayah. Kalautidak ada ayah, emak dulu. Rahsia di sebaliknya, bila dikekalkanbegitu selama tiga bulan, akan tumbuh di hati anak rasa hormatkepada yang lebih tua walaupun di luar pandangan kita. Jadi kalaukita hendak tahu macam mana anak kita di luar pandangan kita, tengokwaktu makan."
2. Baca bismalah dan guna tangan kanan"Anak kita tidak akan sanggup untuk memasukkan makanan ke mulut ataumemegang sesuatu yang bukan haknya. Yang biasa dia ambil masuk kemulut dengan nama Allah dan biasa memegang yang halal dengan tangankanan. Melalui amalan yang mudah ini, roh kita dimonitor olehsyariat. Amalan ini tak perlu pada tenaga dan wang ringgit yangbanyak tapi perlu pada kesabaran dan istiqamah."
3. Ambil lauk terdekat dulu"Bagi cubitan lauk yang pertama, ambil yang paling dekat. Kenapa?Melatih sabar. Kali kedua jika hendak ambil yang jauh tak mengapa,itu dikira usaha ikhtiar untuk dapat yang lebih baik. Iamempengaruhi corak kehidupan dan corak kita bekerja."Kalau ayah atau ibu hendak membina sifat penyayang, ambil lauk yangpertama letak di pinggan anak. Memang anak akan rasa lain. Kalau diatak mahu lauk itu tak mengapa tapi kita memberi tu yang mustahak.Kalau kita buat macam itu, dia juga akan jadi macam itu pada oranglain. Kita sudah bina masyarakat penyayang di dalam rumah kita.Malah untuk latih anak cinta pada saudaranya yang lain, itulahwaktunya."
4. Kawal suapan"Bila ambil makanan untuk suap ke mulut, jangan diangkat suapanseterusnya selagi di dalam mulut itu belum ditelan. Sesudah ditelan,baru angkat suapan seterusnya masuk ke mulut. Untuk apa? Melatihjangan tamak dan bersifat qanaah ? mencukupi apa yang ada. Ataulebih tepat, melatih syukur terhadap apa yang Allah kurniakan."Ustaz Sobri berkata, "Perkara ini kalau dilatih betul-betul, iaakan menumbuhkan sifat-sifat mulia di dalam diri. Sebab makan adalahperkara yang kita benar-benar buat dengan hati, sebab itu iamempengaruhi roh."
Masa untuk kembali menulis
-
Rasanya saya akan kembali menulis lagi di blog ini
Insyallah pasti pulang
Kuat
Pikul balak
Kenangan jualan J-Pole
J-pole ini
Perak Hamfest
...
1 year ago